Aset @ Liabiliti?

Saya selalu mendengar orang share dalam bidang hartanah tentang rumah yang kita duduk adalah liabiliti dan rumah yang kita beli dan sewakan adalah aset. Bagi saya, rumah yang kita duduk sendiri adalah Aset, ia boleh menjadi aset yang boleh membina lebih banyak aset dan kejayaan dunia akhirat.

Jangan terikut dengan dakyah Israel mengliabilitikan rumah yang kita duduki. Kalau kita tidak ada ketenangan dan kegembiraan tinggal dirumah kita sendiri dan menyangka ia sebagai liabiliti, maka lebih banyak liabiliti yang hadir dalam hidup kita. Saya faham apa yang cuba disampaikan oleh fahaman Robert T.Kiyosaki tu dan dulu pun saya pernah “terpercaya”, tapi kemudian saya baru faham dan tidak berapa setuju kerana “Rumahku Syurgaku”. Maksud aset bagi saya adalah aset dan menenangkan. Rasulullah saw pernah bersabda, 3 perkara yang boleh membahagiakan iaitu isteri yang solehah, rumah yang luas dan kenderaan yang bagus. :) .

Sekadar pandangan saya yang pasti tak sama dengan ramai orang lain….. :)

Saya berkongsi mengikut pengalaman sendiri.

Tukar kepercayaan kita dan kita akan ubah hidup kita. Wallahu A’lam.

Nukilan: Azizan Osman 26 Feb 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.